Pages

Minggu, 03 Maret 2013

Mengintegrasikan Prozgui Faster Dengan Firefox dan Google Chrome

Salam semua.

Prozgui Faster ialah sebuah pemuat turun (downloader) yang bagus untuk Ubuntu. Tapi sebelum itu kita perlu mengintegrasikan ia dengan pelayar web yang kita selalui gunakan supaya proses muat turun berjalan dengan lancar.

Untuk Pelayar Web Firefox:

1. Anda wajib ada Addon Flashgot pada Firefox. Jika belum ada, sila pasangkan.

2. Buka Firefox. Klik pada Add-ons -> Extensions -> Flashgot -> Preferences lalu akan keluar tetingkap seperti di bawah:


3. Pergi pada tab General, klik 'Add'. Masukkan nama Download Manager iaitu : ProzGui Download Accelerator

4. Setelah itu cari fail executable pada direktori File System : /usr/bin/prozgui

5. Tandakan pada 'Shown in context menu'. Ok, selesai. Sekarang anda boleh gunakan Prozgui untuk memuat turun pada pelayar Firefox dengan syarat anda jadikan ia sebagai pemuat turun lalai (Default) pada ruang tetapan Flashgot iaitu di tab General dan FlashGot Media.

Untuk Pelayar Web Google Chrome:

1. Untuk mudah kerja, anda klik Chrome Download Assistant, lalu pasangkan ia pada Google Chrome/Chromium anda.

2. Taipkan pada bar URL : chrome://settings/extensionSettings atau anda boleh klik pada lambang 'spanar' -> Preferences -> Extensions dan pergi kepada Download Assistant -> Options, masukkan maklumat-maklumat berikut:

Name : ProzGUI
Command : /usr/bin/prozgui

Klik Add -> Save & Close.



Pilih Prozgui sebagai pemuat turun lalai (Default):

#note
kalo googlenya gak langsung add extensi nya ane kasih tips sedikit

1.    Ente ke Setting di Chromenya
2.    Ke Extension
3.    Drag tuh hasil downloadnya
4.    Klik Install

0 komentar:

Posting Komentar

No SPAM , No SARA , No JUNK